Saturday, December 28, 2013

Day 45 : Merdeka!!

Day 45 

Da merdeka dari pantang!! 

And baru malam semalam dapat connect ke dunia luar setelah handphone ku rosak. Time berpantang and nak amek gamba baby la nak rosak kn T_T. Sian kn? 

Seb baik Hushband aku belanja Iphone 5c.



Hari ke-44

Monday, December 9, 2013

Its a Girl!!


 
Meet our little princess

Nayla Muhammad Nazmi
21st November 2013 11.51pm
2.56kg 

Tuesday, November 19, 2013

Check up Week 39 / Final Check Up?

JENG JENG JENG! Update check up Week 39? Harini i check up kt 2 tempat sekaligus. Klinik kesihatan and Prince Court. The outcome? Kepala baby da engaged and td kne seluk kot. 1cm dilated.  Suspen tak? Tapi aku malas la nak tunggu for normal delivery. I go for induction. 

Pelik check up harini berat baby drop from 2.9 to 2.77kg. But its ok plus minus still around 3kg and da achieve full term. Actually dalam perut baby pon da ade taik. Setakat ni tak berbahaya lagi slagi taik tu not thick. So doctor pon suggest untuk induce gak.

The best thing about induction? Bole pilih tarikh. My due date is 23.11.13. Kalo nak diikutkan nak follow due date je. Date pon cantik and same ngn anak sedara, Fahim tapi... Dr Seri lak takde. G conference on the particular date and my hushband cume ada offday sampai Ahad ni je. Huuu...

We choose the date to be on 21st Nov so esok malam la i will be admitted to the hospital. On the way  balik hushband bole pulak cakap nk postpone sehari. Katanya banyak benda to settle down and lagi prefer hari Jumaat. 

Tengok la esok cemane ye

Monday, November 18, 2013

How Do I Look During Pregnancy? Part 2

in the continuation of How Do I Look Part 1

p/s : Week 39 blom amek gamba lagi. Tggu hushband balik dari LAX esok huu.


3rd Trimester

Week 34 - Farewall Shazlina, Homst The Strand 

Week 35 - Visiting baby Hairudin, Hospital Sg Buloh

Week 36 - Restoran Muhibbah, Sg Penchala

Week 37 - Nandos, Subang Parade

Week 38 - Super Mokh, Istana Budaya

Sunday, November 17, 2013

Carpal Tunnel Syndrom & Pregnancy


Remember I kept on complaining kebas di tangan? Well I talked to my gynae and found out the syndrom is to be CARPAL TUNNEL SYNDROM. The  cause? Unknown!! There is nothing I can do about it but eventually  it will  go away after the delivery. Hopefully! Amin! 

Pastu.. Kalau nak tengok kaki aku xde bengkak pon. Kalo naik flight or dok dalam kereta lama memang aku pakai flight sock untuk elakkan swollen feet. Even kt ofis pon aku letak kotak besar bawah meja aku. Bia kaki aku rest on the box. Sebab aku xkawal sodium intake aku belasah makan semua benda oi hehe. Orang cakap kaki bengkak sebab banyak makan garam thus lead to water retention.



Tuesday, November 12, 2013

SuperMokh & 38 Weeks Check Up

Ahad lepas ingat nak g convocation my bff, Didie kt UiTM. Tapi ada captain hushband dok kt Subang Jaya meninggal. So dia datang ziarah dan setelkan urusan pengebumian. Disebabkan siang tak keluar mana2 malam tu g tengok teater SuperMokh kt Istana Budaya.

First time aku tengok hushband aku menghayati betul2 cerita dia macam sebak je hehe. Dia cakap dia ada rasa nak menangis sebab teater ni memang berkisarkan kehidupan sebenar Mokhtar Dahari. Aku angguk je. Selama ni tengok cerita biografi orang macam LAT dia relax je. Mungkin he is into football sangat kan.



The next day nya g check up kt KK Kelana Jaya. Tanye nurse kepala baby da kt bawah ke? Ditekan-tekan nya katenya kepala baby floating lg. So terpaksa la jumpe doktor and stiker putih da bertukar kaler ke hijau. Doktor cakap due date makin lewat. Lewat 3 minggu oi da jadi mid of December da ha disebabkan size baby yang kecik. Pasal floating tu doktor soh refer to specialist. Aku cakap aku ada check up kt private gak. So doktor pon buat la memo utk Dr Seri ;)

So today aku check up kt Prince Court. The finding for today... Dr Seri cakap baby lambat lagi nak kluar. Tak turun habis and kepala masih floating and big possibility due date aku berganjak ke bulan Dec. DARN!

Pastu tadi doktor ada tanya pasal birth plan aku. Hurm! Nak induce ke normal? Masa ni aku tak terpikir langsung nak induce. Then Dr Seri bukak cerita sal wife Hadi. Wife dia nak induce sebab nak Hadi temankan masa dia kt labor room. 

Balik hospital skali hushband aku dapat offer g LAX replace Nik yang kena appendiks. Argh! Memula dia tak nak pastu tetiba nak g sebab allowance banyak and pikir dapat cuti at least 4hari lepas tu. So he'll be around during my due date.

Aku terpikir nak induce je mggu depan sebab da malas nak saspen tggu nak bersalin T_T. Boleh tak?

Friday, November 1, 2013

Car Seat and Stroller

Aku tengah misi cari car seat tapi nak 0-3years camtu. Nak beli Recaro tapi ramai cakap Maxi Cosi lagi selesa. Bole lie flat. Nak letak kt Polo buat mase ni. Lepas ni aku plan nak tukar kereta la kot. Nak pakai Honda City je. At least komitmen bulanan aku nanti tak teruk sangat kan? Da ada baby kne cut down benda xpenting. 

Back to car seat ni pilihan yang ada. Aku ingat nak bli tempoh terdekat ni nak terus pasang je. 

Stroller? Forget about babyzen yoyo. Skang ni aku jumpe design lebe kurang tapi lg bes dari babyzen yoyo. BUGABOO BEE! Damn! Nak beli! Nak beli! Gaji masuk je aku nak beli terus sebelum 17hb. 

Harga? RM2699 la pulok. Amboi abes gaji aku bulan ni. Sape ade card Mothercare? T_T. Nak pinjam...................................



I nak ini colour


Thursday, October 31, 2013

SJMC to PCMC

Actually aku da tukar hospital. Since 26th Sept lepas. Dari SJMC to PCMC. Dari Dato Dr Siti to Dr Seri. Pricewise plus minus sama je. Jarak? PCMC tu 40km away and SJMC 15km je dr rumah aku kt Bukit Jelutong ni.

Nape nak Prince Court? Tanye la hushband aku.. dia cepat terpengaruh dengan kawan dia. 

Waktu menunggu? SJMC rekod paling lama aku dr kol2 petang sampai 8malam. Tu utk appointment petang. Appointment pagi kol9 sampai kol3.30petang. PCMC paling lama aku tunggu nak jumpe Dr 30min je. 

Doktor? I would recommend both of them. The best gynae ever. Aku sanggup je tunggu lama untuk jumpe Dr Siti, worth to wait. Dr Seri lak sangat la friendly. Dia suke borak tapi aku xsuke sangat bercerita haha.

Pastu ... lately ni aku asek dapat false alarm, Braxton Hicks adoi sakit. Duduk lak rumah sengsorang lama2. Xsuke. Sebab nak kena redah traffic ke KL. Bff aku skang tengah kt Korea (patutnye aku pun g skali :( tp da pregnant la pulak). Sapa la yang aku boleh harapkan skg :((

Wednesday, October 30, 2013

Maternity Leave


Aku sengaja apply awal. Kenapa? Banyak sangat problem kt site / office yang aku malas nak pikir dah. Plus badan aku da tak larat. Aku da tak larat nak drive g ofis. Tangan kanan berpanjangan kebas tapi tak bengkak pon. Ni part aku paling xselesa. Plus hushband aku tak nak hantar aku. So better aku cuti awal je and berehat kt rumah.

Sunday, October 27, 2013

Hospital lagi

Semalam aku ke Hospital Ipoh melawat Mak Long di Wad ICU. Dia kena tahan sebab reading gula n tekanan darah tinggi sangat. Selagi reading tak turun selagi tu kena tahan. Masa aku datang Mak Long da sedar sikit tapi macam ingat2 lupe.

Lepas tengok Mak Long, aku g ke cafe hospital sebab lapar. Mak ngan bapak tak nak makan la pulak sebab tak de lauk ikan. Disebabkan aku da rasa nak pitam aku makan dulu and diaorang tunggu kat luar. 

Aku makan nasik goreng kampung sensorang je kat meja. Tetibe ada sorang makcik tua approach aku tanya meja aku ade orang lain lagi tak. Aku cakap tak de orang marilah dok sekali. 

Dia dok depan aku and start la conversation kitaorang. Aku tengok menu makan dia nasik putih sayur dengan telur je. Adoi.

Min : Sorang je ke makcik?
Mak Cik : Aah. 
Min : Oh yeke? Mak Cik datang melawat sape?
Mak Cik : Suami mak cik 
Min : ......................

Adoi sedih lak. Patutlah seorang diri je. Aku? Jarang dapat bersama suami. Independent sangat. If anything happens, adakah situasi kami masih serupa?

Wednesday, October 16, 2013

How Do I Look During Pregnancy?


1st Trimester
Week 4 - Matta Fair, PWTC

Week 7 - Restoran Muhibbah, Sg Penchala

Week 8 - Seoul Garden, Paradigm Mall

Week 9 - Penang Gateaway 

Week 12 - Frankfurt, Germany

2nd Trimester
Week 14 - Wedding Salhah, Sitiawan

Week 15 - Wedding Norizan, Bukit Merah

Week 25 - Hari Raya AidilFitri, Sitiawan

Week 26 - Minamisan Park, Narita Japan

Week 27 - Kluang, Johor

3rd Trimester
Week 28 - Wedding anak Datuk, Bukit Damansara

Week 29 - Wedding Zaharah, Sitiawan

Week 30 - Site visit to Aster, Bangi










Week 31 - Malacca Gateaway Weekend



Week 33 - CPC Inspection, Alam Sari Bangi



Friday, October 11, 2013

Pandora

Semalam,

Aku balik site awal so tros balik rumah. Tetibe ade orang cakap nak chocolate. Tros la aku godek check in bag hushband aku sebab dia baru balik dr Frankfurt semalam. Aku jumpe chocolate ngan Pandora!!!! Wahahahaha. 



Dia beli mase bulan lepas kt NZ. Patutlah berkeras tak bagi aku beli bracelet PinkTober Hard Rock mase g Melaka haritu. Tapi aku tak tengok lagi bracelet Pandora tu tapi da excited sangat. Dia cakap nak kasik nanti2 kang aku terus pakai g keje. Hushband aku suke beli barang untuk aku pastu simpan lupa nak kasik. Haritu handbag Gucci aku da berapa bulan dok dalam stor sebab dia terlupa nak kasik T_T.



Sebelum2 ni aku dok cerita kisah Namee Roslan and Pandora, pastu kawan aku dengan Pandora. Ingat dia tak amik port sebab aku da lama cakap nak charm bracelet tapi dia buat derk je hehe.

Monday, October 7, 2013

Mouth Watering Chocolate Treats

Craving for chocolate? We are now selling deliciously chocolate from Germany and New Zealand!! Get one of yours and savor each bite. YUMM~






Hanuta or Hanuta Mini RM15.00

Ferrero Giotto Hazelnut Cream Candies RM15.00

Knoppers RM15.00

Amicelli Hazelnut RM15.00

Whittaker's Almond Gold 12 Mini Size RM28.90





Nutella & Go RM8.00


Leibniz Pick Up Chocolate & Milk RM15.00


Wednesday, September 25, 2013

Akar Fatimah

Saya ade a few numbers of akar fatimah. Hushband blikan masa trip g Jeddah haritu. Kt sana murah je kt sini mahal anda susah nak dapat kan? Nk msg je la. Haritu lupe nak kasik pada Riena mase kasik barang dia. 

Rupenye seeloknya direndam masa minggu ke-38 dan air rendaman tu buat air minum. Selain tu mintak hushband buat air selusuh. Info ni I dapat dari Pegawai Agama Hospital Pusrawi. Nanti I sharekan doa buat air selusuh ni. Air selusuh ni minum and sapu mase bukaan da 10cm tau. Kalo minum awal2 kang lama pulak nak tahan sakitnya.

Buat masa ni memang da start buat perineal massage tapi ikot dan je. Malas and sakit huuu. Tapi taknak ade tears camne tu???

Thursday, September 19, 2013

Antenatal Class

Oh da masuk 7 bulan baru la aku teringat and terhegeh-hegeh nak g kelas. Oh no! By the way since my hushband susah gile ade time weekend so this the best date i bole dapat from few hospitals.


1. Pusrawi KL 21-22 September 2013 RM150

2. DEMC 29 September 2013 RM120 
next class is on 27th October 2013

3. Prince Court 21 September 2013 RM300

4. SJMC tak berminat ade 4sesi utk sebulan

Kitaorg amek dengan Pusrawi lgpon talk dia pon islamic skek. Plus my bff, Ana yang rekemen kt sini. 

Hari Sabtu ni memang hushband aku off tapi hari Ahad dia standby and rasenye kena call up ni. Xpe la its ok kalo g sorang pon hari Ahad i dont mind.

Tuesday, September 17, 2013

Maldives

Punya la lama baru nak upload kn? Hehe! Banyak gmba kena tapis pulak sebab hushband aku pakai seluar pendek nampak lutut. Isk isk isk! 

Setahun nak kahwin kitaorang da discuss nak pergi mana for honeymoon. Akhirnya kata sepakat dicapai nak pergi Maldives. Cuma memula plan nak stay kt hotel kawan Abah tapi kawan Abah tengah mc lama. 

Kitaorg pergi Matta Fair nak compare hotel and accomodation. Tapi tak banyak pilihan and consider mahal. Kat sana sebotol mineral bole cecah RM50. Ye la kt tengah Indiana Ocean kan? 

Last2 book dengan Club Med 4D3N for two around RM6k inclusive dengan free flow drinks, meals and activities.

Semua aktiviti laut kena buat swim test. Aku rase aku ni letih buat swim test je. Yang part paling nak menangis swim test 200m pergi ke tengah laut and patah balik. Ke jauh ke tengah lagi ke ntah yang pastinya tak jejak pasir. Hushband aku pun tak larat haa. Ni untuk aktiviti sailing.




Lepas snorkel, lapa. Kita lepak minum petang sambil tgk baby jaws and pari kt bawah






Best betul dapat sail boat sendiri. 
 Oh by the way untuk Club Med Kani ini memang pilihan honeymoon. So memang diaorang ade aktiviti romantic hi tea (aku da lupe haha). Diaorang setup kan tempat and peralatan.








Pastu setiap malam ada tema so memang tak akan rasa bosan sepanjang kt sana. Malam sebelum tu show Mama Mia daripada staff Club Med and aktiviti kewarganegaraan.





Hari terakhir di sini adalah hari Jumaat. Rupanya ada kemudahan musolla kat sini. Hushband aku terlambat lak dapat tau ade so kitaorg buat jamak qasar je.



Frankfurt May 2012 Part 3

Day 3 : Shopping for chocolate
Kali ni kita g kedai jauh skek, Penny Mart. As usual coklat favourite untuk 
dibeli : Knopper, Hanuta, Amicelli, Giotto ngn Pick Up. Slalu beli ntuk kasik orang je. Kt rumah slalu sampai expired sebab da bosan makan coklat hehe.

 Ni beg shopping hari ke-3. 1 luggage besar penuh dengan coklat je.


Suke g time camni sebab da beli ceri. Nyum nyum. Kat sini murah bole mkn sampai muntah hehe.

One of my favourite gak. Nutella stick. Tempat lain xde jual. Harus beli banyak2 ni.